Wednesday 11 March 2020

[LIGA SUPER 2020] PAHANG MENGAJAR SABAH

Pahang yang sebelum ini sengaja menyorokkan keghairahan mereka untuk menang, telah tidak dapat menanggung perasaan tersebut dan menyebabkan Sabah menjadi mangsa pertama untuk mereka kalahkan bagi musim 2020 ini.

Jumlah kehadiran pada malam tadi yang kurang memberangsangkan kerana kebimbangan rakyat Pahang akan penyakit Coronavirus atau lebih dikenali (COVID19) tidak melemahkan semangat pemain Pahang untuk terus menunjukkan cara bermain bolosepok yang sebenar kepada Sabah. Hasilnya, Pahang menjaringkan 2 gol tanpa balas dan belas kasihan.

  Facebook :  Pahang FA