Friday 21 February 2020

MUSIM BARU BUAT BOLOSEPOK PAHANG

Amat tidak menghairankan jika PBNP, badan induk bolosepok Pahang masih lagi merahsiakan hal bolosepok Pahang FA kerana sejak dari dahulu lagi mereka memang suka berahsia dan tidak gemar menghebahkan perihal pasukan kesayangan ramai itu.

Pelancaran jersi kali ni pun diadakan secara tertutup dan dijangka akan diumumkan pada 24 Februari, 2020 bersamaan hari Isnin di Grand darul Makmur Hotel jam 3 petang. Tetapi masih boleh disaksikan secara langsung (lupa pula link live tu, deme cari sendiri la). Malah jersi untuk orang hensem dan lawo itu akan ditayangkan di Al Ikhsan Kuantan, Jalan Putra Square 4 pada jam 3 petang hari yang sama.