Estadio Darul Makmur, 1 April: Pahang atau lebih dikenali sebagai Tok Gajah atau lebih mesra di panggil Pahang Pawer berjaya menidakkan kemampuan anak buah dan tektikal Benjamin Mora, coach pasukan JDT1.
JDT seperti yang kita ketahui, memang pasukan yang terkuat masakini. Taraf mereka sudah sampai ke peringkat Asia (kata merekalah). Fasiliti mereka sudah setaraf pasukan/kelab Eropah. Pengurusan liga tempatan mereka sama hebatnya dengan pengurusan EPL.
Namun, itu semua tidak dapat menandingi nafsu buas Pahang untuk memalukan JDT. Hasilnya urang Rauk, Syamim menghukum keeper JDT dengan sekali tandukan, Alves melakukan gerakan cantik diantara pertahanan dan keeper JDT, serta Dike menguis bolo sambil melompat menggunakan 2 kaki.
Berbeza dengan jaringan Marco Antonio yang menggunakan lutut. Dalam kitab kuno, Ketamadunan Dan Falsafah Bolosepok Pahang Kuno Jilid ke-2, jaringan menggunakan lutut adalah perkara yang memalukan. Pada waktu itu, sesiapa yang melakukannya akan dihukum bertelanjang sampai habis perlawanan. Namun peraturan itu dipadam dalam teks Jilid ke-3 kerana amalan itu amat memalukan maruah keluarga dan bangsa.
Permainan Pahang pada malam Sabtu lalu amat tenang dan releks je. Berbeza dengan pasukan JDT yang terpaksa bertungkus lumus untuk mengalahkan Pahang. Lebih teruk, kapten JDT seakan hilang punca apabila berhadapan dengan Tocang.
Jelas terpancar keletihan dimuka SR8 bila berhadapan dengan Tocang.
Sudahlah kalah, penyokongnya pula tidak dapat masuk stadium kerana tiada tiket. Sebenarnya sudah diberitahu bahawa kuota tiket untuk JDT adalah 100 keping sahaja. Yang datang beramai-ramai untuk menyaksikan kekalahan kenapa? Tengok dalam tv sudah la.
Konon ada yang bagitahu bahawa pihak PBNP mengapur duit tiket mereka. Apekejadanya nak menipu mereka, setakat RM3000 (contoh nilai) PBNP boleh buat loan Bank Rakyat la. Lagipun sudah diberikan kuota 100 keping, lagi mahu mintak lebih dengan pengurusan Pahang. Woiiiii, datang beratur dekat kaunter stadium la.
Usai sahaja permainan tamat, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kedua-dua pasukan dan penyokong. Harap di sana nanti tiadalah juga masalah untuk penyokong dan pasukan Pahang. Bukan mende, FMLLP dah kabor bahawa pasukan perlu tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.
Masih ada 90 minit lagi di Larkin untuk Pahang memalukan JDT.